Informasi Permainan Video Terkini
Nioh 2 Diperacahkan Oleh Koei Tecmo Ketika Persidangan Sony

Nioh 2 Diperacahkan Oleh Koei Tecmo Ketika Persidangan Sony

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Hari ini, kita dikejutkan pula dengan satu lagi sekuel untuk satu permainan yang hak inteleknya baru sahaja berumur 1 tahun iaitu Nioh.

Koei Tecmo dan Team Ninja hari ini mengumumkan permainan Nioh 2 ketika acara persidangan Sony. Buat masa ini mereka masih lagi belum mengumumkan bahawa ia akan tiba secara esklusif di Playstation 4 ataupun secara esklusif masa seperti Nioh sebelum ini.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Nioh, Nioh pertama dilancarkan tahun lepas yang mana ia merupakan permainan aksi pengembaraan seakan Dark Souls yang bertempatkan di kawasan Jepun.

Sebelum ini Nioh memfokuskan watak Williams Adam, iaitu seorang Gaijin (warga asing) di tanah Jepun. Kini tampak watak baru bakal tiba buat Nioh 2 dan mungkin juga merupakan watak utama permainan tersebut. Namun, beliau tampaknya berupaya untuk berubah diri beliau menjadi seekor raksasa.

Walaubagaimana pun Koei Tecmo masih belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut dan kami sendiri di Aksiz amat meminati permainan pertama Nioh dan semestinya tidak sabar untuk bermain Nioh 2 kelak.


TIPS & ULASAN