Informasi Permainan Video Terkini
Segala Pengumuman Sony Playstation Ketika Di E3 2018

Segala Pengumuman Sony Playstation Ketika Di E3 2018

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Bagi anda yang ingin mengikuti segala pengumuman yang diumumkan oleh Sony Playstation ketika acara E3 2018, anda boleh mengikuti setiap berita berkenaannya di bawah.

Bagi anda yang ingin menonton video rangkusan berita berkenaan acara persidangan E3, anda boleh menontonnya diatas.


Déraciné – Permainan Realiti-Maya Oleh From Software

Ketika acara persidangan Sony semalam, From Software iaitu pembangun yang terkenal dengan siri Dark Souls mengumumkan permainan Déraciné yang mana ia merupakan permainan realiti-maya khas buat Playstation VR. Déraciné merupakan permainan pengembaraan yang dibangunkan oleh From Software dan diarah oleh Hidetaka Miyazaki iaitu pengarah untuk siri Dark Souls, Bloodborne dan juga Sekiro yang diumumkan baru-baru ini. […]


Bentuk Permainan Marvel’s Spider-Man Baru Dipertontonkan – Memperacahkan Sinister Six

Satu lagi permainan yang diperkongsikan oleh Sony ketika acara persidangan mereka iaitu Marvel’s Spider-Man yang dibangunkan oleh Insomniac Studios. Video yang berdurasikan 7 minit tersebut memaparkan bukan sahaja bentuk pertempuran Spider-Man, malah aksi-aksi beliau bergayut untuk mengelak serangan musuh dan bergerak ke satu tempat ke satu tempat. Menariknya juga, tampaknya Spider-Man kali ini akan bekerjasama […]


Playstation 4 Pro Edisi Kingdom Hearts 3 Diumumkan – Juga Mengumum Versi Lengkap Permainan

Semalam ketika acara persidangan Square-Enix, mereka berkongsi sebilangan versi permainan bersama trailer baru. Hari ini, melalui persidangan Sony, Square-Enix sekali lagi mempertontonkan trailer baru buat permainan Kingdom Hearts 3 dan mengumum sebilangan pengumuman baru. Trailer baru yang dipertontonkan memaparkan dunia Pirates Of The Caribbean kini kembali buat permainan Kingdom Hearts 3 dan kali ini kostum […]


Trailer Terbaru Death Stranding Dipertontonkan – Masih Lagi Mengelirukan

Ketika acara persidangan Sony yang berlangsung hari ini, Sony mempertontonkan trailer terbaru buat permainan Death Stranding Melalui trailer tersebut, Kojima Productions tampaknya memaparkan sebahagian bentuk permainan yang kebanyakkannya adalah hanya berjalan dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Dialog penceritaan yang dikongsikan ketika trailer tersebut juga menunjukkan bahawa watak Sam yang dibintangi Norman Reedus […]


Bentuk Permainan Ghost Of Tsushima Diperkongsikan Oleh Sucker Punch

Antara empat permainan yang Sony fokuskan ketika acara persidangan E3 2018 kali ini adalah Ghost Of Tsushima yang asalnya diumumkan ketika Paris Games Week lepas, kini mendapat satu trailer baru yang mempertontonkan bentuk permainannya. Melalui trailer bentuk permainan tersebut, Sony memaparkan sebilangan bentuk perjalan dan juga pertempuran permainan tersebut. Berdasarkan trailer yang diperkongsikan, Ghost Of […]


Nioh 2 Diperacahkan Oleh Koei Tecmo Ketika Persidangan Sony

Hari ini, kita dikejutkan pula dengan satu lagi sekuel untuk satu permainan yang hak inteleknya baru sahaja berumur 1 tahun iaitu Nioh. Koei Tecmo dan Team Ninja hari ini mengumumkan permainan Nioh 2 ketika acara persidangan Sony. Buat masa ini mereka masih lagi belum mengumumkan bahawa ia akan tiba secara esklusif di Playstation 4 ataupun […]


Control – Permainan Oleh Pembangun Quantum Break, Remedy Entertainment Diumumkan

Sebelum ini Remedy Entertainment pernah berkongsi yang mana mereka akan mengumumkan permainan terbaru mereka ketika acara E3 dan kini, ketika persidangan Sony, Remedy Entertainment mengambil peluang untuk berkongsi permainan terbaru mereka yang bernama Control. Trailer bentuk permainan yang dipaparkan mengingatkan kami dengan bentuk permainan Quantum Break bersama kemahiran berkuasa manusia. Menariknya watak di dalam permainan […]


Trailer Terbaru The Last Of Us Part II Dipertontonkan – Memperlihat Bentuk Permainan Buat Pertama Kali

Seperti yang dinanti-nantikan oleh peminat ketika acara persidangan Sony, hari ini Naughty Dog akhirnya mempertontonkan trailer terbaru buat permainan The Last Of Us Part II dimana bukan sahaja mereka mempertontonkan lebih banyak watak Ellie, malah bentuk permainan tersebut buat pertama kalinya. Trailer tersebut pada mulanya memaparkan watak Ellie yang berada di acara majlis dimana mereka […]


Segala Pengumuman Sony Playstation Ketika Di E3 2018

Bagi anda yang ingin mengikuti segala pengumuman yang diumumkan oleh Sony Playstation ketika acara E3 2018, anda boleh mengikuti setiap berita berkenaannya di bawah. Bagi anda yang ingin menonton video rangkusan berita berkenaan acara persidangan E3, anda boleh menontonnya diatas.


Call of Duty : Black Ops III Ditawarkan Percuma Kepada Pelanggan PlayStation Plus Sehingga 11 Julai

Permainan yang terbaik ialah permainan yang menarik tetapi tidak memerlukan anda mengeluarkan sesen untuk memilikinya. Bagi pelanggan PlayStation Plus, bermula hari ini hingga 11 Julai anda boleh memuat turut Call of Duty : Black Ops III versi PlayStation 4 secara percuma. Muat turun percuma ini adalah sempena pelancaran Call of Duty: Black Ops 4 pada […]


Resident Evil 2 Akan Menemui Peminat Pada 25 Januari 2019

Projek pembikinan semula Resident Evil 2 telah bertahun diumumkan tanpa sebarang berita. Di acara PlayStation 4 yang berlangsung sebentar tadi, trailer pertama permainan ini akhirnya muncul dan ia bakal menemui peminat pada 25 Januari 2019. Trailer turut menunjukkan perubahan dari segi grafik permainan baru ini. Tidak seperti RE edisi buatan semula yang dilancarkan kebelakangan ini, […]


Beat Saber Diumumkan Untuk Playstation VR

Lanjutan perkongsian senarai permainan oleh Sony yang diumumkan baru-baru berkenaan jangka masa pengiraan ke E3, bagi hari kelima dan terakhir, Sony mengumumkan permainan realiti-maya terbaru yang bakal tiba di Playstation VR iaitu Beat Saber. Beat Saber merupakan permainan rentak muzik beraksi dimana melalui Playstation VR, pemain akan menggunakan alat kawalan Playstation Move untuk memotong kotak-kotak yang […]


Sony Mengumumkan Permainan Realiti-Maya Ghost Giant Untuk Playstation VR

Lanjutan perkongsian senarai permainan oleh Sony yang diumumkan baru-baru berkenaan jangka masa pengiraan ke E3, bagi hari keempat, Sony menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan permainan realiti-maya terbaru buat Playstation VR. Kini, permainan tersebut telahpun diumumkan iaitu Ghost Giant. Permainan tersebut dibangunkan oleh Zoink! iaitu mereka terkenal dengan permainan Fe, iaitu permainan yang dilancarkan pada awal tahun […]


Twin Mirror – Permainan Baru Yang Diumumkan Oleh Sony Sempena E3 2018

Lanjutan perkongsian senarai permainan oleh Sony yang diumumkan baru-baru berkenaan jangka masa pengiraan ke E3, bagi hari ketiga, Sony menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan permainan terbaru dan kini, permainan tersebut telahpun diumumkan iaitu Twin Mirror. Twin Mirror merupakan permainan yang dibangun oleh DONTNOD Entertainment, iaitu mereka terkenal dengan Vampyr dan Life Is Strange. Permainan tersebut juga […]


Days Gone Akan Dilancarkan Pada 22 Februari 2019 Esklusif Di Playstation 4

Baru-baru ini, kita sering diperkongsikan informasi baru berkenaan permainan Days Gone seperti sejam pertama, jumlah masa permainan. Namun kini, melalui perkongsian senarai permainan oleh Sony yang diumumkan baru-baru berkenaan jangka masa pengiraan ke E3, perkara kedua di dalam senarai tersebut akhirnya dikongsikan oleh Sony iaitu tarikh pelancaran Days Gone, akhirnya diumumkan. Melalui pengumuman tersebut, Sony […]



TIPS & ULASAN