Selain babmempertontonkan beberapa daripada permainan tersedia mereka, Square Enix di persidangan E3 mereka mengumumkan IP baharu iaitu Babylon’s Fall yang dibangunkan bersama dengan Platinum Games yang mengeluarkan permainan seperti Bayonetta dan Nier: Automata.
https://www.youtube.com/watch?v=T9pSGjpjZhI
Melalui trailer yang dipertontonkan tidak banyak informasi mengenai permainan yang dikongsikan termasuk juga teknik permainan. Akan tetapi berdasarkan beberapa saat ada menunjukkan pertempuran, jadi kami meneka yang ia merupakan permainan aksi pengembaraan.
Maklumat lanjut kemungkinan besar akan dikongsikan kemudian dan permainan ini dikatakan akan dikeluarkan pada 2019 untuk Playstation 4 dan PC.