Skip to main content

Jika anda pernah bermain permainan pertama Beyond Good And Evil, anda pasti akan mengetahui berkenaan watak Jade dimana beliau merupakan watak utama di dalam siri pertama permainan tersebut.

Kini melalui acara persidangan Ubisoft, mereka mempertontonkan trailer terbaru yang memaparkan watak Jade yang masih lagi muda.

Tidak banyak yang dikongsikan melalui trailer tersebut dari segi perwatakkan Jade, namun yang pastinya watak Jade akan memain peranan penting di dalam penceritaan ini dan seolah mungkin beliau adalah penjahat di dalam permainan Beyond Good And Evil 2.

Selain daripada itu, Ubisoft juga mengumumkan bahawa mereka akan mengembangkan lagi Space Monkey Program iaitu ianya sebuah komuniti yang dihasilkan oleh pembangun untuk permainan ini.

Kali ini, dengan kerjasama Hit Record, pengasas syarikat tersebut, Joseph Gordon-Levitt menyatakan bahawa mereka akan membuka peluang kepada peminat untuk menghasilkan sebarang karya seni ataupun muzik buat permainan tersebut. Sekaligus ia bakal menjadi satu permainan yang dibangunkan bersama-sama peminat dan komuniti.

Buat masa sekarang, tiada sebarang informasi berkenaan pelancarannya pada masa terdekat. Permainan tersebut juga kelihatan masih lagi pada peringkat awal pembangunan. Namun dengan tibanya watak Jade kali ini, kami juga tertanya-tanya memandangkan permainan asalnya dikatakan diletakkan di garis masa sebelum Jade dilahirkan, kini tampaknya rancangan tersebut telahpun diubah.

Beyond Good And Evil 2 adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia merupakan permainan bertempatkan sebelum daripada Beyond Good And Evil yang dilancarkan di Playstation 2 dan Xbox pada 2003 lepas.

Leave a Reply