Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Teknik Permainan Shadow of the Tomb Raider Dipertontonkan
PC

Trailer Teknik Permainan Shadow of the Tomb Raider Dipertontonkan

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Persidangan E3 untuk Square Enix adalah agak pendek dan padat walaupun kebanyakan permainan sudah diumumkan semasa persidangan Xbox kelmarin.

Permainan pertama yang dikongsi-kan adalah Shadow of the Tomb Raider. Selepas trailer terbaru dipertontonkan semasa persidangan Xbox dan sekali lagi ketika persidangan Square Enix, mereka juga berkongsi trailer yang memfokuskan kepada teknik permainan.

Melalui trailer teknik permainan ini diperlihatkan bagaimana Lara Croft perlu menggunakan persekitaran untuk bertempur ataupun mengelak daripada bertempur dengan penjahat.

Masih mengekalkan senjata kegemaran iaitu panah, Lara mempunyai pelbagai teknik untuk terus bertahan di dalam hutan yang dipenuhi dengan penjahat yang kami merasakan adalah tentera upahan Trinity.

Menariknya kami merasakan permainan Tomb Raider kali ini kamera lebih dekat dengan Lara berbanding permainan sebelum ini, mungkin untuk memberi lebih perasaan aksi kepada pemain.

Shadow Of The Tomb Raider merupakan permainan ketiga buat siri Tomb Raider yang diolah semula bermula dengan permainan Tomb Raider yang dilancarkan 2013 lepas. Kini permainan tersebut dibangunkan oleh Eidos Montreal bersama Crystal Dynamics.

Shadow Of The Tomb Raider akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 14 September ini.


TIPS & ULASAN