Informasi Permainan Video Terkini
Segala Pengumuman Square Enix Ketika Di E3 2018

Segala Pengumuman Square Enix Ketika Di E3 2018

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Bagi anda yang ingin mengikuti segala pengumuman yang diumumkan oleh Square Enix ketika acara E3 2018, anda boleh mengikuti setiap berita berkenaannya di bawah.


Square Enix Berkongsi Trailer Baharu Untuk Kingdom Hearts 3 – Edisi Deluxe Diumumkan

Ketika persidangan Xbox, trailer baharu Kingdom Hearts 3 dipertontonkan yang memperlihatkan dunia Frozen, manakala ketika persidangan Square Enix mereka berkongsi trailer yang lebih kurang sama tetapi dengan beberapa kandungan lain. Selain itu Square Enix turut mengumumkan edisi Deluxe untuk permainan ini. Edisi biasa akan berharga $59.99 (RM239) manakala edisi Deluxe yang mengandungi Artbook dan pin […]


Square Enix Mengumumkan The Quiet Man – Maklumat Lanjut Di Bulan Ogos 2018

Selain daripada Babylon’s Fall, Square Enix turut mengumumkan The Quiet Man iaitu satu IP baharu yang dibangunkan oleh Human Head Studios semasa persidangan mereka di E3. Trailer yang diperlihatkan menggabungkan animasi dan lakonan oleh pelakon betul. Menurut Square Enix permainan ini merupakan permainan penceritaan yang mendalam menggabungkan lakonan pelakon nyata dengan CG yang realistik dan […]


Trailer Baharu Untuk Octopath Traveler Dipertontonkan

Seperti dimaklumkan semasa Nintendo Direct pada bulan Mac lepas, Octopath Traveler akan dikeluarkan pada 13 Julai 2018 untuk Switch. Melalui persidangan Square Enix, permainan ini mendapat trailer baru. Trailer tersebut mempertontonkan beberapa kelas, pengembaraan dan juga pertempuran. Selain itu tidak banyak yang dikongsi kan akan tetapi trailer ini merupakan sambungan kepada trailer yang dikeluarkan sebelum […]


Dragon Quest XI Menerima Trailer Baharu – Dua Edisi Diumumkan

Seperti kita sedia maklum Dragon Quest XI telah diumumkan untuk Playstation 4 dan PC dan akan dikeluarkan pada 4 September 2018. Sebelum ini diumumkan hanya edisi biasa yang akan berharga RM199 untuk digital dan RM209 untuk versi fizikal. Semasa persidangan E3, Square Enix mempertontonkan trailer baru untuk permainan ini. Trailer ini memfokuskan pengembaraan Luminary bersama […]


IP Terbaru Platinum Games Babylon’s Fall Diumumkan – Tiba Pada Tahun 2019 Untuk PS4 Dan PC

Selain babmempertontonkan beberapa daripada permainan tersedia mereka, Square Enix di persidangan E3 mereka mengumumkan IP baharu iaitu Babylon’s Fall yang dibangunkan bersama dengan Platinum Games yang mengeluarkan permainan seperti Bayonetta dan Nier: Automata. Melalui trailer yang dipertontonkan tidak banyak informasi mengenai permainan yang dikongsikan termasuk juga teknik permainan. Akan tetapi berdasarkan beberapa saat ada menunjukkan […]


Kolaborasi Antara Final Fantasy XIV Dan Monster Hunter World Diumumkan – Boleh Memburu Rathalos

Square Enix melalui persidangan E3 minggu ini mengumumkan kolaborasi di antara permainan MMORPG mereka iaitu Final Fantasy XIV dan permainan memburu raksasa oleh Capcom Monster Hunter World yang baru dikeluarkan tahun ini. Melalui kolaborasi ini pemain berpeluang untuk memburu raksasa dari Monster Hunter iaitu Rathalos. Pemain yang ingin menyertai pemburuan ini mestilah mempunyai watak yang […]


Trailer Teknik Permainan Shadow of the Tomb Raider Dipertontonkan

Persidangan E3 untuk Square Enix adalah agak pendek dan padat walaupun kebanyakan permainan sudah diumumkan semasa persidangan Xbox kelmarin. Permainan pertama yang dikongsi-kan adalah Shadow of the Tomb Raider. Selepas trailer terbaru dipertontonkan semasa persidangan Xbox dan sekali lagi ketika persidangan Square Enix, mereka juga berkongsi trailer yang memfokuskan kepada teknik permainan. Melalui trailer teknik […]



TIPS & ULASAN