Skip to main content

Ubisoft hari ini mengadakan acara persidangan mereka yang mana permainan pertama yang diumumkan adalah tak lain dan tak bukan, Just Dance 2019 dimana ia dirancang untuk dilancarkan pada Oktober tahun ini.

Menariknya permainan tersebut bukan sahaja akan tiba di konsol generasi kini seperti Playstation 4, Xbox One dan Switch malah Ubisoft akan melancarkan permainan tersebut di Xbox 360 dan juga konsol Nintendo Wii U dan Wii.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan permainan Just Dance sebelum ini pun dilancarkan di konsol Nintendo Wii dan Wii U dan Ubisoft sedia akan melakukan perkara yang sama terhadap permainan Just Dance terbaru mereka.

Berdasarkan trailer yang dikongsikan, Just Dance 2019 akan disertakan dengan pelbagai lagu-lagu masa kini seperti Mad Love, Bang Bang Bang dan sebagainya.

Bagi anda yang meminati siri permainan Just Dance, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Just Dance 2019 bermula 23 Oktober ini.

Leave a Reply