Informasi Permainan Video Terkini
Segala Pengumuman Ubisoft Ketika Di E3 2018

Segala Pengumuman Ubisoft Ketika Di E3 2018

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Bagi anda yang ingin mengikuti segala pengumuman yang diumumkan oleh Ubisoft ketika acara E3 2018, anda boleh mengikuti setiap berita berkenaannya di bawah.


Informasi Lanjut Berkenaan The Division 2 Diperkongsikan – DLC Tahun Pertama Bakal Tiba Secara Percuma

Sebelum ini, Ubisoft berkongsi bentuk permainan pertama dan tarikh pelancaran buat Tom Clancy’s The Division 2 ketika acara persidangan Xbox. Kini melalui persidangan Ubisoft mereka sendiri, Ubisoft berkongsi sebilangan kemaskini terbaru buat permainan tersebut. Melalui persembahan Ubisoft, kandungan DLC untuk permainan The Division 2 tahun pertama akan disediakan secara percuma. Terdapat 3 jumlah DLC yang […]


Beta Terbuka The Crew 2 Diumumkan – Bermula 21 Sehingga 25 Jun

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan The Crew 2 dahulu sebelum membelinya apabila ia dilancarkan pada 29 Jun ini, Ubisoft hari ini mengumumkan bahawa beta terbuka permainan tersebut bakal bermula pada 21 sehingga 25 Jun ini. Pengumuman tersebut dilakukan ketika acara persidangan Ubisoft yang berlangsung hari ini. Melaluinya, pemain berupaya untuk mencuba sebilangan kenderaan […]


Kemaskini For Honor Marching Fire Diumumkan – Memperkenal Pendekar Dari China

Ketika acara persidangan Ubisoft hari ini, mereka mengumumkan bahawa permainan For Honor Starter Edition boleh dimuat-turun secara percuma untuk tempoh masa terhad. Selain itu Ubisoft juga berkongsi kemaskini terbaru Marching Fire yang bakal tiba buat permainan tersebut. Melalui kemaskini Marching Fire, Ubisoft akan memperkenalkan pendekar baru dari China yang mana ia merupakan puak baru di […]


Rainbow Six Siege Mencapai 35 Juta Pemain – Memfokuskan Komuniti Dengan Siri Dokumentari Pemain

Hari ini ketika acara persidangan Ubisoft, mereka menyatakan bahawa permainan Rainbow Six Siege kini mencapai 35 juta pemain. Pada April lepas, permainan tersebut diumumkan mencapai 30 juta pemain, sekaligus sepanjang 2 bulan ini, ia meningkat sebanyak 5 juta pemain untuk Rainbow Six Siege tersebut. Namun, bukan itu sahaja yang dikongsikan oleh mereka dimana menjelang Ogos ini, […]


Transference – Permainan Realiti-Maya Oleh Elijah Wood Bakal Tiba Tahun Ini

Transference, iaitu permainan realiti-maya antara Ubisoft dan SpectreVision dipertontonkan ketika acara persidangan Ubisoft yang berlangsung hari ini. Transference merupakan permainan realiti-maya yang dibangunkan oleh SpectreVision. Pengasasnya iaitu pelakon terkenal, Elijah Wood hari ini berkongsi yang mana permainan tersebut akan membuka misteri simulasi permainan yang akan memberi pengalaman seram buat pemain. Transference akan dilancarkan pada musim […]


Starlink: Battle For Atlas Bakal Tiba 16 Oktober Ini – Versi Switch Akan Menyertakan Watak Starfox

Ketika persidangan Ubisoft yang berlangsung hari ini, Ubisoft akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan Starlink: Battle For Atlas iaitu permainan peperangan kapal angkasa yang diumumkan ketika acara E3 tahun lepas. Melalui acara tersebut, Ubisoft mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan pada 16 Oktober ini di Playstation 4, Xbox One dan Switch. Menariknya bagi versi Switch, […]


Trailer Terkini Skull & Bones Menunjukkan Sistem Peperangan Dan Kelas-Kelas Kapal

Tahun lalu Skull & Bones diperlihatkan kepada umum dan segera mendapat perhatian dari peminat Assassin Creed IV Black Flag kerena tema lanun yang sama. Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana kedua-dua permainan menerima sentuhan Ubisoft Singapore. Di acara khas Ubisoft pada tadi lebih banyak maklumat mengenai permainan ini dikongsi. Seperti Assassin’s Creed Odyssey, pemain nampaknya boleh […]


Trial Rising Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba Februari 2019

Bagi anda yang meminati siri permainan Trials Fusion yang baru sahaja kita terima sebagai permainan percuma Playstation Plus baru-baru ini, anda pasti akan berminat untuk bermain permainan seterusnya buat siri tersebut iaitu Trials Rising yang mana Ubisoft mengumumkannya secara rasmi ketika acara persidangan mereka sebentar tadi. Melalui Trials Rising, Ubisoft menyatakan mereka melakukan pelbagai pernaik-tarafan […]


Kemaskini Terbaru Beyond Good And Evil 2 Dikongsikan Oleh Ubisoft – Watak Jade Dipertontonkan

Jika anda pernah bermain permainan pertama Beyond Good And Evil, anda pasti akan mengetahui berkenaan watak Jade dimana beliau merupakan watak utama di dalam siri pertama permainan tersebut. Kini melalui acara persidangan Ubisoft, mereka mempertontonkan trailer terbaru yang memaparkan watak Jade yang masih lagi muda. Tidak banyak yang dikongsikan melalui trailer tersebut dari segi perwatakkan […]


Just Dance 2019 Diumumkan – Bakal Tiba Pada 23 Oktober Ini

Ubisoft hari ini mengadakan acara persidangan mereka yang mana permainan pertama yang diumumkan adalah tak lain dan tak bukan, Just Dance 2019 dimana ia dirancang untuk dilancarkan pada Oktober tahun ini. Menariknya permainan tersebut bukan sahaja akan tiba di konsol generasi kini seperti Playstation 4, Xbox One dan Switch malah Ubisoft akan melancarkan permainan tersebut […]


Ubisoft Menawarkan For Honor Starter Edition Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad

Ubisoft hari ini telah mengambil pentas utama E3 2018 dan berkongsi beberapa permainan baru mereka. Bersama-sama dengannya juga, Ubisoft turut membuat kejutan untuk para pemain dan telah mengumumkan penawaran For Honor secara percuma kepada para pemain PC. For Honor Starter Edition ini ditawarkan secara percuma melalui Uplay sehingga 18 Jun 2018 kelak. Melalui Starter Edition […]


Assassin’s Creed Odyssey Akan Hadir 5 Oktober – Beralih Ke Yunani Dengan Pilihan Jantina Watak Dan Dialog Perbualan

Acara Ubisoft E3 2018 baru sahaja usai dengan pengesahan beberapa maklumat dan paparan skrin Assassin’s Creed Odyssey yang tertiris beberapa hari lebih awal. Ia mengesahkan siri Odyssey akan beralih ke zaman peperangan Yunani dan Sparta lengkap dengan sepakan Spartan filem 300. Dari segi rekaan permainan, ia memang menyerupai Origins yang hadir  tahun lalu dan tidak […]


Segala Pengumuman Ubisoft Ketika Di E3 2018

Bagi anda yang ingin mengikuti segala pengumuman yang diumumkan oleh Ubisoft ketika acara E3 2018, anda boleh mengikuti setiap berita berkenaannya di bawah.



TIPS & ULASAN