Skip to main content

Tahun ini Devolver Digital kembali dengan persidangan E3 yang agak ‘menarik’. Selain daripada persembahan yang pelik mereka turut mengumumkan permainan baharu dari mereka.

Permainan pertama diumumkan adalah Scum iaitu permainan dunia terbuka ketahanan hidup yang mempunyai penceritaan sendiri. Permainan ini dibangunkan oleh Gamepires dan Croteam yang sebelum ini mengeluarkan permainan seperti The Talos Principle dan Serious Sam.

Permainan ini akan dikeluarkan untuk PC secara akses awal pada Ogos 2018 dan mereka menjangkakan permainan ini akan berada di dalam akses awal selama setahun untuk menyiapkan kesemua perancangan mereka akan tetapi mungkin lebih lambat bergantung kepada maklum balas daripada pemain.

Permainan ini sudah tersenarai di Steam tetapi buat masa ini tiada harga dan pilihan untuk membeli dikeluarkan.

Leave a Reply