Bethesda mengakhiri persidangan E3 mereka dengan memperacah dua permainan baharu dan satunya merupakan IP yang baharu iaitu The Elder Scrolls 6 dan Starfield.
Trailer acah untuk The Elder Scrolls 6 hanya memperlihatkan pemandangan satu bandar dari jarak jauh sebelum perkataan The Elder Scrolls VI dikeluarkan. Permainan ini masih di peringkat pra-produksi dan tiada tarikh pengeluaran diumumkan.
Video acah untuk Starfield turut tidak memberikan sebarang informasi, sebaliknya sekadar menunjukkan kapal angkasa yang bergerak bagaikan faster-than-light di dalam permainan Mass Effect. Starfield sekarang sedang dibangunkan dan juga tidak mempunyai tarikh pengeluaran.