Informasi Permainan Video Terkini
Permua The Elder Scrolls: Blade Diumumkan – Fallout Shelter Dikeluarkan Untuk PS4 Dan Switch

Permua The Elder Scrolls: Blade Diumumkan – Fallout Shelter Dikeluarkan Untuk PS4 Dan Switch

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Bethesda terus mengukuhkan penglibatan mereka di dalam dunia permainan mudah alih, sekarang mereka sudah mempunyai The Elder Scrolls: Legend dan Fallout Shelter yang dikeluarkan sebagai permua.

Di persidangan E3 mereka mengumumkan permua The Elder Scrolls: Blade untuk iOS dan Android. Melalui permainan ini anda akan menjadi ahli kepada kumpulan Blades. Selepas dihalau, anda kini kembali ke kampung anda yang sudah musnah. Anda bertanggungjawab untuk membangunkan semula kampung anda.

Permua ini mengandungi pelbagai mod permainan yang memfokuskan pertempuran satu lawan satu menggunakan pedang dan juga pelbagai kuasa. Melalui permua ini anda boleh mengembara untuk mencari pelbagai sumber bagi meningkatkan keupayaan anda dan juga untuk membina perkampungan.

Terdapat juga mod Abyss yang pemain akan bertempur mengikut peringkat untuk menguji kemahiran anda dan juga mod Arena pemain akan bertempur dengan pemain lain. Permua ini boleh dimainkan sebelah tangan secara menegak ataupun dua tangan secara mendatar.

Jika berminat, anda boleh melayari PlayBlades.com untuk pra-daftar, jika anda pra-daftar dari hari ini sehingga 15 Jun anda mungkin akan menjadi sebahagian yang mendapat akses awal untuk permua ini.

The Elder Scrolls: Blade akan dikeluarkan suku keempat tahun ini secara percuma untuk iOS dan Android dan bakal tiba untuk platform lain termasuk VR di masa hadapan.

Selain itu Bethesda turut mengumumkan Fallout Shelter akan dikeluarkan untuk Playstation 4 dan Switch dan boleh mula dimuat turun hari ini. Melalui pautan dibawah.

Playstation Store: Fallout Shelter

Nintendo: Fallout Shelter


TIPS & ULASAN