Informasi Permainan Video Terkini
Prey Menerima DLC Baharu Mooncrash – Disertakan Kempen Rogue-Like
PC

Prey Menerima DLC Baharu Mooncrash – Disertakan Kempen Rogue-Like

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Semasa acara persidangan E3, Bethesda mengumumkan Prey iaitu permainan aksi yang dikeluarkan pada Mei 2017 akan menerima DLC baharu iaitu Mooncrash. Melalui DLC ini pemain akan memegang watak lain berbanding Prey iaitu seorang penggodam Peter yang berada di atas satelit yang ditugaskan untuk mengintip sistem komunikasi TranStar. Pemain harus menggunakan segala peralatan yang ada untuk menyelamatkan diri.

Setiap kali pemain bermain, persekitaran akan direka secara rawak dan membolehkan pemain mendapat peralatan yang berbeza dan juga mendapat watak-watak lain. DLC boleh didapatkan secara berasingan jika anda sudah memiliki permainan Prey dengan harga RM78.99 (Steam) ataupun edisi Deluxe yang mengandungi Prey dan Prey: Mooncrash dengan harga RM158 (Steam). Pemilik DLC ini akan turut menerima pelbagai kandungan tambahan secara berperingkat.

Selain itu walaupun pemain tidak membeli DLC ini, pemain akan mendapat 3 mod baru iaitu mod Story yang akan memfokuskan penceritaan, mod Survival dan juga New Game+, kesemua mod ini boleh dimuat-turun sekarang.

Bethesda juga mengumumkan mod multi-pemain iaitu Typhon Hunter untuk yang memiliki DLC. Melalui mod ini pemain akan berlawan dengan pemain lain dalam pertempuran 1 lawan 5 iaitu seorang akan cuba menyelamatkan diri daripada 5 pemain lain yang merupakan Mimic yang boleh berubah bentuk. Typhon Hunter juga akan disertakan mod VR.

Prey: Mooncrash kini sudah boleh dibeli dan dimuat-turun melalui Steam. Untuk PlayStation 4 dan Xbox One akan tiba tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN