Quake Champions merupakan permainan menembak Arena berdasarkan permainan Quake yang dikeluarkan 20 tahun yang dahulu. Permainan ini sekarang boleh dimainkan di Steam melalui akses awal.

Melalui E3, Bethesda mengumumkan Quake Champions versi percuma. Melalui versi ini pemain akan mendapat kesemua mod dan peta yang sekarang terdapat di dalam permainan bersama dengan satu watak iaitu Ranger.

Akses awal untuk versi percuma kini dibuka sehingga 17 Jun. Pemain yang mendapatkan versi percuma ini akan terus dapat bermain walaupun selepas 17 Jun.

Jika pemain ingin kandungan penuh, Champions Pack disediakan dengan harga RM118.50 akan tetapi bermula sekarang sehingga 22 Jun pemain boleh mendapatkannya dengan harga lebih murah iaitu RM78.21.

[info]Steam: Quake Champions[/info] [info]Battle.net: Quake Champions[/info]

Leave a Reply