Skip to main content

Tampaknya, Microsoft juga bakal ke arena permua dimana hari ini ketika acara persidangan Xbox, mereka mengumumkan permua Gears Pop! yang mana ia merupakan kolaborasi antara Microsoft dan pengeluar figura terkenal, Funko.

Dari segi bentuk permainan, Microsoft tidak berkongsi sebarang informasi tambahan selain daripada trailer atas yang diperacahkan. Walaupun begitu, tampaknya permua tersebut bakal mengekalkan rekaan ikonik Funko di dalam permua tersebut dan bukan sahaja buat watak-watak utama Gears of War, malah watak musuh-musuh buat siri permainan tersebut.

Menurut Microsoft, permua tersebut bakal tiba pada 2019 ini di iOS dan Android.

Leave a Reply