Ketika acara persidangan Xbox hari ini, Microsoft mengumumkan permainan Gears Tactic yang mana menurut mereka ia bakal tiba di PC sahaja dan ia merupakan permainan memfokuskan strategi buat siri Gears Of War.
Dari segi bentuk permainan, tak banyak yang dikongsikan malah trailer acah yang diperlihatkan adalah masih lagi dalam bentuk pra-alpha pembangunan.
Menariknya, permainan tersebut kelihatan mempunyai bentuk permainan seakan XCOM, iaitu bentuk strategi secara turutan. Permainan tersebut juga akan menyertakan pertempuran bersama ketua-ketua musuh yang besar seperti siri-siri Gears Of War sebelum ini.
Seperti biasa, sebarang pengumuman baru oleh Microsoft, kami akan kongsikannya pada masa akan datang.