Persidangan E3 untuk Bethesda dimulakan dengan permainan baru mereka iaitu Rage 2 yang bakal dikeluarkan pada tahun 2019. Trailer ini memperlihat permainan pertempuran yang sangat pantas, dengan menggunakan pelbagai senjata dan juga kuasa.

Melalui RAGE 2 pemain akan menjadi Walker iaitu ranger terakhir dan harus menjelajah dunia terbuka untuk mendapat pelbagai senjata dan juga kuasa Nanotrite untuk melawan pelbagai puak, mutant dan juga kerajaan yang digelar sebagai The Authority.

Selain itu Bethesda juga mengumumkan edisi Collector untuk Rage 2 yang akan disertakan dengan permainan Rage 2 edisi Deluxe (yang mengandungi pelbagai penambahan kandungan) bersama dengan Ruckus the Crusher Talking Head iaitu figura kepala, poster khas untuk Rage 2 dan juga Steelbook.

Rage 2 akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada tahun 2019.

Sohor Kini