Informasi Permainan Video Terkini
Gears 5 Diumumkan – Bakal Tiba Di PC dan Xbox One Pada 2019

Gears 5 Diumumkan – Bakal Tiba Di PC dan Xbox One Pada 2019

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Ketika acara persidangan Xbox hari ini, Microsoft mengumumkan permainan Gears 5 bakal tiba buat Xbox One yang mana kini, permainan tersebut tidak lagi dinamakan Gears Of War dan hanya Gears.

Melalui trailer tersebut, Gears 5 tampaknya kali ini bakal memfokuskan watak Kait Diaz. Namun watak Marcus Fenix dan anaknya dari permainan Gears Of War 4 sebelum ini juga tiba sebagai watak sampingan.

Menariknya juga, Microsoft mempertontonkan bentuk permainan tersebut yang mana selain daripada mempertontonkan musuh baru, pemain kali ini tampaknya berupaya untuk menggunakan senjata jarak dekat bersama-sama senjata api.

Gears 5 bakal tiba pada tahun 2019 ini di PC dan juga Xbox One.


TIPS & ULASAN