Informasi Permainan Video Terkini
Segala Pengumuman Bethesda Ketika Di E3 2018
PC

Segala Pengumuman Bethesda Ketika Di E3 2018

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Berikut adalah kesemua senarai yang permainan dan pengumuman yang diumumkan oleh Bethesda sepanjang acara E3 yang berlangsung minggu ini.

Bagi anda yang ingin menonton video rangkusan berita berkenaan acara persidangan E3, anda boleh menontonnya diatas.


Bethesda Mengumumkan The Elder Scrolls 6 Dan IP Baharu Starfield

Bethesda mengakhiri persidangan E3 mereka dengan memperacah dua permainan baharu dan satunya merupakan IP yang baharu iaitu The Elder Scrolls 6 dan Starfield. Trailer acah untuk The Elder Scrolls 6 hanya memperlihatkan pemandangan satu bandar dari jarak jauh sebelum perkataan The Elder Scrolls VI dikeluarkan. Permainan ini masih di peringkat pra-produksi dan tiada tarikh pengeluaran […]


Permua The Elder Scrolls: Blade Diumumkan – Fallout Shelter Dikeluarkan Untuk PS4 Dan Switch

Bethesda terus mengukuhkan penglibatan mereka di dalam dunia permainan mudah alih, sekarang mereka sudah mempunyai The Elder Scrolls: Legend dan Fallout Shelter yang dikeluarkan sebagai permua. Di persidangan E3 mereka mengumumkan permua The Elder Scrolls: Blade untuk iOS dan Android. Melalui permainan ini anda akan menjadi ahli kepada kumpulan Blades. Selepas dihalau, anda kini kembali […]


Fallout 76 Diumumkan Secara Rasmi – Permainan Di Atas Talian Dengan Elemen Binaan Dan Ketahanan Hidup

Selepas diperacahkan pada akhir bulan lepas, dan memperlihatkan trailer terbaru semasa persidangan Xbox, Bethesda melalui persidangan E3 mereka sendiri mengumumkan Fallout 76 secara rasmi. Mereka juga akhirnya mengesahkan ura-ura yang mengatakan Fallout 76 adalah permainan di atas talian yang boleh dimainkan secara solo akan tetapi memberi pengalaman lebih baik jika bermain secara multi-pemain. Fallout 76 […]


Wolfenstein: Youngblood Diumumkan – Menyertakan Mod Koperasi

Bethesda melalui persidangan di E3 mengumumkan permainan terbaru untuk siri Wolfenstein iaitu Wolfenstein: Youngblood. Permainan ini berlaku 20 tahun selepas kejadian Wolfenstein II: The New Colossus. BJ menghilangkan diri di Paris iaitu negara yang dijajah oleh Nazi dan anak kembar BJ akan meneruskan perjuangan beliau. Pemain boleh bermain secara solo ataupun secara berkoperasi dan akan […]


Prey Menerima DLC Baharu Mooncrash – Disertakan Kempen Rogue-Like

Semasa acara persidangan E3, Bethesda mengumumkan Prey iaitu permainan aksi yang dikeluarkan pada Mei 2017 akan menerima DLC baharu iaitu Mooncrash. Melalui DLC ini pemain akan memegang watak lain berbanding Prey iaitu seorang penggodam Peter yang berada di atas satelit yang ditugaskan untuk mengintip sistem komunikasi TranStar. Pemain harus menggunakan segala peralatan yang ada untuk […]


Quake Champions Versi Percuma Diumumkan – Akses Awal Bermula 10 Sehingga 17 Jun 2018

Quake Champions merupakan permainan menembak Arena berdasarkan permainan Quake yang dikeluarkan 20 tahun yang dahulu. Permainan ini sekarang boleh dimainkan di Steam melalui akses awal. Melalui E3, Bethesda mengumumkan Quake Champions versi percuma. Melalui versi ini pemain akan mendapat kesemua mod dan peta yang sekarang terdapat di dalam permainan bersama dengan satu watak iaitu Ranger. […]


DOOM Eternal Sambungan Kepada DOOM Diacah – Maklumat Lanjut di QuakeCon 2018

Bethesda melalui E3 hari ini mengacah permainan terbaru untuk siri DOOM iaitu DOOM Eternal. Permainan ini merupakan sambungan terus daripada permainan DOOM yang dikeluarkan pada tahun 2016. Melalui DOOM Eternal pemain akan bertempur dengan setan lama dan juga baharu menggunakan senjata dan kuasa yang baharu. Maklumat lanjut mengenai DOOM Eternal akan dikongsi di QuakeCon 2018 […]


The Elder Scrolls: Legends Menerima Klien Baru – Akan Turut Dikeluarkan Untuk PS4, Xbox One dan Switch

Bethesda turut mengambil peluang di E3 untuk mengumumkan berita terbaru bagi permainan kad mereka iaitu The Elder Scrolls: Legends. SepertiĀ  projek Homecoming untuk Gwent, Legends yang akan dibangunkan oleh Studio baru akan menerima klien yang direka semula. Rekaan baru ini akan memberikan Legends klien baru yang mempunyai antara-muka yang ditambahbaik. Selain itu klien baru juga […]


Trailer Terbaru Rage 2 Dipertonton – Edisi Collector Juga Diumumkan

Persidangan E3 untuk Bethesda dimulakan dengan permainan baru mereka iaitu Rage 2 yang bakal dikeluarkan pada tahun 2019. Trailer ini memperlihat permainan pertempuran yang sangat pantas, dengan menggunakan pelbagai senjata dan juga kuasa. Melalui RAGE 2 pemain akan menjadi Walker iaitu ranger terakhir dan harus menjelajah dunia terbuka untuk mendapat pelbagai senjata dan juga kuasa […]



TIPS & ULASAN