Setelah sekian lama Bandai Namco tidak berkongsi sebarang informasi berkenaan permainan jet pejuang Ace Combat 7: Skies Unknown dan kini, mereka berkongsi trailer terbaru buat permainan tersebut yang memaparkan sebilangan adegan dan bentuk permainan.

Menurut Bandai Namco, Ace Combat 7: Skies Unknown akan menyertakan pelbagai jet pejuang baru bersama senjata-senjata futuristik yang bukan sahaja memberi pelbagai pilihan buat pemain malah pelbagai bentuk strategi yang berlain untuk pemain bertempur dengan musuh.

Dari segi visual pula Bandai Namco menyatakan bahawa permainan ini mempunyai grafik visual foto realistik yang mereka bangunkan khas dengan pelbagai visual lain dengan terperinci.

Dari segi tarikh pelancaran, sekali lagi Bandai Namco masih belum mengumumkan sebarang informasi berkenaanya dan menurut mereka sebelum iniAce Combat 7: Skies Unknown bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC pada tahun ini. Bandai Namco juga mengumumkan versi realiti-maya juga sedang dibangunkan khas buat pengguna Playstation VR.

Sohor Kini