Skip to main content

Bethesda hari ini telah mengambil pentas utama pada acara E3 2018, sekaligus berkongsi sejumlah penawaran permainan mereka yang akan datang. Menariknya, pada acara berkenaan, Bethesda turut menyentuh secara ringkas berkaitan permainan Quake Champions.

Quake Champions telah ditawarkan sejak bulan Ogos lepas, dimana ia menawarkan permainan berbentuk tembak-menembak dan merupakan salah satu penawaran permainan berbentuk e-sukan untuk dipertandingkan bersama pemain lain.

Bagi anda yang berminat untuk memainkan permainan berkenaan, anda boleh memuat-turun Quake Champions secara percuma untuk tempoh terhad sehingga 18 Jun. Menariknya, jika anda memuat-turun dalam tempoh ini, anda berpeluang untuk menyimpan dan terus memainkannya.

[download]Muat-Turun Quake Champions di Steam[/download]

Leave a Reply