Beberapa minggu lepas, Ubisoft mengumumkan permainan seterusnya buat siri Assassin’s Creed iaitu bernama Odyssey yang meletakkan pemain di dalam era Yunani.
Kini, menjelang acara E3 yang berlangsung minggu ini. Gematsu melaporkan sebilangan paparan skrin permainan tersebut tertiris awal daripada pengumuman yang dirancang oleh Ubisoft untuk persidangan E3 mereka tahun ini.
Di bawah kami akan meletakkan kesemua paparan skrin yang tertiris dan anda sendiri boleh menilai yang mana visual dan bentuk permainan Assassin’s Creed Odyssey kelihatan menyerupai Assassin’s Creed Origins. Seolah ia hanya penukaran asset sahaja.
Walaubagaimana pun, ianya masih terlalu awal untuk menilai perkara ersebut dan Ubisoft masih lagi belum berkongsi sebarang informasi tambahan berkenaan permainan tersebut. Mungkin juga Odyssey akan menyertakan sebilangan mod permainan baru?
Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsinya setelah Ubisoft mengumumkannya kelak pada acara persidangannya pada 12 Jun, jam 4 pagi. Bagi senarai penuh persidangan E3, anda boleh melayari pautan ini.