Informasi Permainan Video Terkini
Anthem Bakal Dilancarkan Pada 22 Februari 2019 – Informasi Tambahan Dikongsikan Oleh EA
PC

Anthem Bakal Dilancarkan Pada 22 Februari 2019 – Informasi Tambahan Dikongsikan Oleh EA

Diterbitkan pada June 10, 2018 oleh .

Antara permainan yang dinanti-nantikan oleh peminat, iaitu Anthem hari ini mendapat sebilangan kemaskini informasi terbaru melalui acara persidangan EA yang mana pembangun permainan tersebut, Bioware mengumumkan tarikh pelancaran bersama trailer terbaru buat permainan tersebut.

Antara yang dikongsikan ketika persidangan tersebut adalah permainan Anthem tidak akan menyertakan sebarang kotak tikam ataupun sebarang barangan yang akan merosakkan keseimbangan permainan.

Walaupun mikro-transaksi masih lagi akan tiba buat permainan tersebut, menurut EA barangan yang boleh dibeli hanyalah akan memberi kesan terhadap kosmetik pemain dimana pemain berupaya untuk mengubah-suai warna dan rupa bentuk baju perisai Javelin tersebut. Menariknya, Bioware juga memperacahkan kostum rekaan N7 daripada siri Mass Effect, iaitu permainan yang dibangunkan oleh mereka sebelum ini.

Bioware juga menyatakan bahawa permainan Anthem boleh dimainkan secara solo, namun mereka mengesyorkan pemain untuk bermain bersama rakan-rakan untuk mencapai sesi permainan yang lebih menyeronokkan. Selain itu. Bioware juga menjanjikan kandungan permainan akan sentiasa dikemaskini dengan pelbagai kandungan baru selepas ia dilancarkan kelak.

Selain daripada itu, Bioware juga berkongsi empat jenis kelas Javelin yang bakal tiba buat permainan tersebut yang mana ia terdiri daripada:

  • Ranger – Javelin berkelaskan keseimbangan dari segi kepantasan dan juga serangan jarak dekat.
  • Colossus – Javelin yang memfokuskan senjata berat, lebih perlahan dan mempunyai serangan yang lebih luas.
  • Interceptor – Javelin yang memfokuskan pergerakkan pantas. Informasi lanjut masih belum dikongsikan oleh Bioware.
  • Storm – Javelin yang memfokuskan kelas sokongan. Informasi lanjut masih belum dikongsikan oleh Bioware.

Anthem merupakan permainan seterusnya oleh Bioware yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain atas-talian. Ia bakal dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 22 Februari 2019.


TIPS & ULASAN