Informasi Permainan Video Terkini
Permua Command & Conquer Rivals Diumumkan Buat iOS Dan Android

Permua Command & Conquer Rivals Diumumkan Buat iOS Dan Android

Diterbitkan pada June 10, 2018 oleh .

Tampaknya siri Command and Conquer bakal kembali di arena permainan video dan ia mungkin bukan apa yang anda jangkakan kerana hari ini, EA mengumumkan permua Command & Conquer: Rivals akan dilancarkan di iOS dan Android.

Melalui acara persidangan EA hari ini, EA berkongsi permua terbaru buat siri Command & Conquer dimana ia merupakan permainan strategi masa nyata yang memfokuskan pertempuran satu lawan satu.

Melaluinya, pemain akan bertempur dengan pemain lain dengan membina unit dan kelenkapan tentera pemain dan menyerang musuh dengan menembak peluru berpandu terhadap pangkalan musuh untuk menjuarai permainan tersebut.

Menurut EA, permua tersebut akan dilancarkan di iOS dan juga Android secara global dan bagi pengguna Android, pra-pendaftaran kini dibuka melalui Google Play Store dan bagi pengguna iOS, anda boleh membuat pra-pendaftaran di laman rasmi permua tersebut.

Pengumuman ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandang sebahagian siri Command & Conquer, iaitu Red Alert juga diumumkan akan dilancarkan sebagai permua baru-baru ini oleh Tencent.

Namun ini mungkin berita yang agak mengecewakan buat peminat siri Command & Conquer selepas penutupan studio Westwood Studios, iaitu pembangun asal siri Command & Conquer dan melihat siri tersebut kini ke arah permua.


TIPS & ULASAN