Antara permainan EA Originals yang diumumkan hari ini oleh EA ketika acara persidangan mereka adalah Unravel Two iaitu permainan sekuel Unravel yang dilancarkan 2016 lepas.
Permainan yang dibangunkan oleh Coldwood Interactive tersebut merupakan permainan kedua buat siri Unravel dimana kali ini ia memperkenalkan sistem koperasi yang baru dimana pemain berupaya untuk bermain sebagai dua watak Yarny.
Bukan sahaja permainan tersebut boleh dimainkan secara berdua malah ia juga boleh dimainkan secara solo dimana pemain berupaya untuk menukar watak antara dua Yarny tersebut untuk menyelesaikan sebilangan tekaria permainan.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, ia kini sudah dilancarkan dan anda boleh membelinya dengan harga bermula RM79 di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.
[info] Beli: Unravel Two PS4 [/info] [info] Beli: Unravel Two Xbox One [/info] [info] Beli: Unravel Two PC(Origin) [/info]