Informasi Permainan Video Terkini
Facebook Hadir Dengan FB.GG – Hab Setempat Mengumpulkan Penstriman Permainan Video

Facebook Hadir Dengan FB.GG – Hab Setempat Mengumpulkan Penstriman Permainan Video

Diterbitkan pada June 8, 2018 oleh .

Arena permainan video sedia mencuri perhatian ramai pihak, termasuk Facebook. Kini, dalam usaha untuk terus bersaing secara positif dengan Twitch, pihak Facebook kini telah pun melancarkan hab penstriman permainan video yang dinamakan FB.GG.

FB.GG

Melalui FB.GG, ia menjai sebuah hab hentian setempat untuk melihat dan menemui pelbagai kandungan berbentuk penstriman video permainan. Malah, ia juga turut dikategorikan mengikut permainan – sekaligus memudahkan pengguna untuk menontonnya.

Langkah ini juga dilihat akan memudahkan pengguna untuk menemui penstriman video berkaitan permainan yang menarik tanpa perlu bergantung kepada News Feed semata-mata.

Bagi anda yang berminat untuk menonton penstriman permainan video, mungkin boleh ke hab FB.GG hari ini, sekaligus menonton pelbagai penstriman menarik tanpa perlu meninggalkan laman sosial terkemuka berkenaan.

Layari: FB.GG

Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Amanz.


TIPS & ULASAN