Ikaruga merupakan permainan shoot-’em-up yang dibangunkan oleh Treasure dan dikeluarkan dalam bentuk arked pada tahun 2001 di Jepun. Kemudian permainan ini dikeluarkan untuk Dreamcast pada tahun 2002, Gamecube pada tahun 2003. Manakala untuk Xbox 360 dan PC pada tahun 2008 dan 2014.

Permainan ini dikeluarkan untuk Switch pada 29 Mei 2018. Hari ini melalui kuciran di akaun Twitter Treasure, mereka mengumumkan permainan ini akan turut dikeluarkan untuk Playstation 4 dan akan tiba tidak lama lagi.

Tambah mereka pengumuman lanjut dan kemungkinan tarikh pengeluaran akan diumumkan pada minggu hadapan. Permainan ini pertama kali dikeluarkan untuk konsol generasi  terkini iaitu Nintendo Switch melalui kerjasama antara Treasure dan Nicalis yang menerbitkan permainan The Binding of Isaac.

Jika anda meminati permainan ini atapun genre ini tetapi tidak memiliki Switch ini sudah semestinya satu berita yang baik. Kami akan kemaskini apabila maklumat lanjut dikongsikan nanti.

Sohor Kini