Skip to main content

Paradox Interactive iaitu penerbit permainan seperti Cities Skyline, Surviving Mars, Crusader Kings dan Europa Universalis mengumumkan yang mereka akan mengambil alih sepenuhnya Harebrained Holdings Inc iaitu pemilik kepada Harebrained Schemes yang membangunkan permainan seperti Shadowrun dan Battletech.

Pengambilalihan ini bernilai $7.5 juta dan 25% daripada jumlah pendapatan syarikat sepanjang 5 tahun sehingga pendapatan tersebut melebihi harga belian. Pengambilalihan ini dijangkakan akan selesai pada 7 Jun 2018.

Harebrained merupakan syarikat pembangun yang agak baru, ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Jordan Weisman dan Mitch Gitelman. Mereka mula mendapat kejayaan melalui siri permainan Shadowrun iaitu Returns, Dragonfall dan Hong Kong yang mula dikeluarkan pada tahun 2014.

Permainan terbaru mereka Battletech dikeluarkan pada 2017 menerima reaksi positif daripada media dan juga pemain dan mereupakan permainan yang diterbitkan oleh Paradox Interactive.

Menurut Paradox, Harebrained akan terus beroperasi secara sendiri dan Paradox hanya akan terlibat dari segi penerbitan permainan yang dibangunkan oleh mereka sahaja. Ini merupakan satu berita yang baik untuk Harebrained, mereka kini mempunyai sumber kewangan yang lebih kukuh dan boleh membantu untuk menghasilkan lebih banyak permainan yang berkualiti.

Leave a Reply