Skip to main content

Code Vein adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Shift dan dikeluarkan oleh Bandai Namco untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia diumumkan April yang lepas dan mendapat kritikan permainan yang seakan Dark Souls tetapi dalam bentuk anime. Terkini, Bandai Namco sempat berkongsi bentuk permainan bersama IGN bagi permainan Code Vein ini.

Bandai Namco juga berkongsi lebih lanjut berkenaan bentuk permainan ini dengan menerang lebih lanjut dari segi bentuk pertempuran, pembinaan watak dan juga beberapa watak-watak baru.

Sistem pertempuran di dalam permainan Code Vein mempunyai pelbagai pengubahsuai dan kelainan. Antaranya adalah sistem Gift dimana ia membenarkan pemain menggunakan 8 barangan ketika bertempur untuk meningkatkan serangan atau pertahanan buat sementara waktu. Manakala terdapat juga barangan yang memberi beberapa kemudahan yang pasif untuk kelengkapan main dan sebagainya.

Seperti permainan Dark Souls atau Nioh, bar stamina juga disertakan di dalam permainan Code Vein, dimana pemain perlu mengawal stamina mereka untuk menyerang, mengelak, berlari dan juga menggunakan teknik Drain. Pemain perlu mengenal pasti kegunaan stamina tersebut untuk menghadapi musuh supaya ia tidak kehabisan.

Pemain juga boleh menggunakan teknik Drain untuk meningkatkan lagi serangan dan juga membuat serangan kombinasi yang kuat. Sistem ini bakal memberi peluang kepada pemain untuk menyerang mush dengan serangan yang sangat kuat.

Pemain juga berupaya untuk membina watak tersendiri dengan pelbagai bentuk rambut, jantina, suara dan pelbagai lagi.

Code Vein juga bakal menyertakan sistem persahabatan dimana watak-watak NPC bakal menemani pemain untuk mengembara didalam dunia yang terbiar ini dan menolong pemain berlawan dengan musuh. Tidak banyak informasi dari segi penceritaan, tetapi pemain akan ditemani oleh dua watak Louis dan Io dimana mereka berdua akan membantu pemain menghadapi segala pengembaraan bersama.

Code Vein adalah permainan aksi pengembaraan yang bakal dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada awal tahun 2018.

 

Leave a Reply