Permainan Percuma Hari Ini : Xenonauts

Xenonauts merupakan permainan strategi mengikut urutan yang dibangunkan oleh Goldhawk Interactive berdasarkan permainan X-COM lama iaitu X-COM: UFO Defense yang diterbitkan pada tahun 1994.

Melalui permainan ini, pemain akan menjadi komander kepada organisasi yang ditubuhkan untuk melawan penjajah makhluk asing. Permainan ini dikeluarkan pada Jun 2014 untuk PC.

Bermula sekarang sehingga 8 malam esok, GOG menawarkan permainan tersebut secara percuma berbanding harga asal $24.99 (RM100). Pastikan anda tidak terlepas tawaran ini.

GOG: Xenonauts

Sohor Kini