Informasi Permainan Video Terkini
Permua Life Is Strange Bakal Tiba Di Android Pada Julai Ini

Permua Life Is Strange Bakal Tiba Di Android Pada Julai Ini

Diterbitkan pada June 4, 2018 oleh .

Sebelum ini, Square-Enix mengumumkan bahawa permainan Life Is Strange tiba di peranti iOS dan mana kini, versi Android pula diumumkan bakal tiba pada Julai tahun ini.

Melalui pengumuman ini, Square-Enix menyatakan kelima-lima episod permainan tersebut akan dilancarkan secara penuh pada Julai ini dengan sokongan alat kawalan melalui peranti Android.

Selain itu versi permua permainan tersebut juga akan menyertakan pelbagai kandungan baru seperti kawalan melalui skrin sesentuh, perkongsian secara sosial media dan mod foto yang pemain boleh menetapkan pelbagai jenis tetapan dan penuras.

Tambahan juga, Square-Enix juga menyatakan bahawa pra-pendaftaran bagi permainan tersebut juga dibuka hari ini buat mereka yang berminat untuk membelinya apabila ia dilancarkan kelak.

Life is Strange merupakan salah satu permainan terbitan Square Enix yang menawarkan bentuk permainan pengembaran berepisod, dimana pemain boleh mengawal pelbagai perkara yang memberikan kesan terhadap jalan penceritaan permainan berkenaan. Ia telah dilancarkan di PlayStation 3, Xbox 360, PS4, Xbox One dan PC pada 2015 yang lepas.

Pra-Daftar : Life Is Strange


TIPS & ULASAN