Life is Strange merupakan salah satu permainan terbitan Square Enix yang menawarkan bentuk permainan pengembaran berepisod, dimana pemain boleh mengawal pelbagai perkara yang memberikan kesan terhadap jalan penceritaan permainan berkenaan. Ia telah dilancarkan di PlayStation 3, Xbox 360, PS4, Xbox One dan PC pada 2015 yang lepas, dan kini ia turut telah ditawarkan untuk pengguna iPhone dan iOS.

Life Is Strange ini ditawarkan pada harga RM12.90 untuk episod pertama, dan pemain perlu membeli pas musim untuk memainkan episod seterusnya melalui sokongan pembelian dalam-aplikasi pada harga RM37.90.

Square Enix turut mengatakan mereka akan menawarkan episod keempat dan kelima untuk permua ini pada 2018 kelak.

Bagi anda yang meminati bentuk permainan pengembaraan berepisod, anda boleh mendapatkan permua Life is Strange ini daripada AppStore hari ini.

Muat-Turun Life Is Strange untuk iOS

Sohor Kini