Informasi Permainan Video Terkini
EA Menyertakan Sorakan Viking Thunderclap Ke Dalam FIFA 18 – Khas Untuk Pasukan Iceland
PC

EA Menyertakan Sorakan Viking Thunderclap Ke Dalam FIFA 18 – Khas Untuk Pasukan Iceland

Diterbitkan pada June 4, 2018 oleh .

Semasa Iceland mengalahkan England semasa kejohanan Euro 2016, mereka melakukan sorakan yang sangat menarik iaitu Viking Thunderclap. Kesemua pemain Iceland termasuk pengawal lain bersama dengan penonton menepuk tangan secara serentak untuk mencipta sesuatu yang epik.

Bersama kandungan penambahan 2018 FIFA World Cup Russia yang diberikan secara percuma untuk pemilik FIFA 18 turut disertakan adalah sorakan ini.

Sorakan ini akan berlaku jika anda memenangi kejohanan piala dunia dengan menggunakan Iceland. Anda boleh menonton sambutan tersebut melalui video dibawah. Ini sudah semestinya satu tambahan yang baik oleh EA.


TIPS & ULASAN