Skip to main content

Seperti kita sedia maklum Blizzard mempunyai kedai barangan mereka sendiri iaitu Blizzard Gear akan tetapi disebabkan matawang dan juga kos penghantaran agak mahal, ramai yang sekadar memasang hajat untuk membelinya. Hajat anda kini mungkin akan tercapai melalui Uniqlo.

https://www.youtube.com/watch?v=-HwJ09vuN7k

Uniqlo dengan kerjasama bersama Blizzard mengeluarkan beberapa rekaan t-shirt berdasarkan Blizzard seperti World of Warcraft, Overwatch, Hearthstone, Diablo III, Star Craft, dan Heroes of the Storm.

Kesemua t-shirt ini dijual dengan harga RM59.90 dan boleh didapati di mana-mana kedai Uniqlo dan juga kedai di atas talian mereka bermula sekarang.

Bagi kami rekaan yang ditawarkan tidak banyak yang menarik tetapi sekurang nya kini anda boleh memiliki barangan rasmi Blizzard dengan lebih mudah.

[info]Uniqlo UT – Uniqlo x Blizzard[/info]

Leave a Reply