Apple sering mengumumkan peningkatan pendapatan mereka yang dijana oleh App Store. Boleh dikatakan peningkatan tersebut adalah disebabkan peningkatan perbelanjaan untuk permua.
Berdasarkan laporan App Annie,bermula Julai 2010 sehingga Disember 2017, jumlah muat turun adalah 170 bilion dan permua mencatat 52.7 bilion ataupun 31% daripada jumlah muat turun.
Walaupun hanya mencatat 31% jumlah muat turun daripada keseluruhan, dari segi perbelanjaan, pengguna berbelanja sebanyak $130 bilion dan $97.5 bilion adalah daripada permua iaitu 75%.
Jumlah tersebut merupakan campuran untuk pembelian permua dan juga mikro-transaksi tetapi kami boleh jangkakan yang lebih daripada 80% jumlah tersebut adalah mikro-transaksi.