Switch merupakan konsol yang turut boleh menjadi mudah alih dan sesuatu yang sentiasa diperlukan untuk peranti mudah alih adalah fon telinga kerana tidak semua orang ingin mendengar jeritan Mario.
Melalui kerjasama antara Astro iaitu pengeluar aksesori permainan dan Nintendo mereka akan mengeluarkan pelbagai aksesori berdasarkan permainan Nintendo.
Aksesori pertama adalah fon telinga berdasarkan rekaan Zelda, fon telinga ini menggunakan model A10 iaitu model mampu milik mereka. Fon telinga ini akan menyokong Nintendo Switch Online App yang perlu digunakan untuk bermain secara atas talian dan bercakap pada masa yang sama.
Oleh kerana kerjasama ini adalah untuk beberapa tahun, pelbagai lagi aksesori khas akan dikeluarkan dan menurut mereka, aksesori berdasarkan siri permainan Mario sedang dibuat.