Bungie pembangun permainan video yang terkenal sebagai pembangun kepada permainan Halo dan Destiny 2 mendapat pelaburan sebanyak $100 juta daripada NetEase iaitu penerbit permainan dari China. Permainan terkenal dari NetEase di sini adalah Rules of Survival.
Destiny ataupun Destiny 2 tidak pernah dikeluarkan secara rasmi di China dan pemain di negara itu terpaksa mengunakan virtual-private server (VPN) untuk bermain permainan tersebut. Dengan pelaburan ini sudah semestinya kebarangkalian untuk Destiny 2 dikeluarkan di China adalah tinggi.
Akan tetapi ketua pengawal eksekutif Bungie Pete Parsons mengatakan pelabaruan ini adalah untuk membawa kepakaran NetEase ke Bungie dan berkongsi idea untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Tambah beliau lagi tiada sebarang perjanjian untuk NetEase menerbitkan permainan mereka di China.
Beliau juga mengatakan NetEase akan membawa pengalaman mereka dalam arena permainan mudah alih iaitu sesuatu yang Bungie tidak mempunyai sebarang pengalaman. Beliau menegaskan NetEase adalah dalam perniagaan untuk menghasilkan permainan baru dan mereka tidak sabar untuk bekerjasama bagi mencapai sasaran itu.
Kami berpendapat jika tidak Destiny 2, Destiny 3 akan dikeluarkan di China. Pada masa sama Bungie turut akan menghasilkan permainan mudah alih, terutama berdasarkan Destiny ataupun IP yang baru. Tahniah kami ucapkan untuk Bungie.