Skip to main content

Humble Bundle merupakan salah satu laman yang digemari ramai peminat permainan video kerana menawarkan permainan pada harga rendah. Kini, untuk dua minggu ini, mereka hadir dengan penawaran permainan francais ARMA melalui Humble Arma Bundle.

Humble Arma Bundle

Pada harga sumbangan $1, pengguna boleh mendapatkan tiga permainan, iaitu Arma : Cold War Assault, Arma : Gold Edition, Arma Tactics.

Pada harga sumbangan minima $15, anda akan menerima empat permainan tambahan, iaitu Arma 3, Arma 3 Karts, Arma 3 Helicopter, dan juga Arma 3 Marksmen.

Anda turut boleh menambah pelbagai koleksi permainan Arma lain, termasuk Arma 3 : Apex pada harga sumbangan $20.

Bagi anda yang meminati permainan bercorak ketenteraan, mungkin boleh mendapatkan koleksi permainan ini melalui Humble Bundle hari ini.

[info]Beli : Humble Arma Bundle[/info]

Leave a Reply