Informasi Permainan Video Terkini
Wizard of Legends Terjual Sebanyak 200 Ribu Unit Untuk Minggu Pertama

Wizard of Legends Terjual Sebanyak 200 Ribu Unit Untuk Minggu Pertama

Diterbitkan pada Mei 29, 2018 oleh .

Wizard of Legends merupakan permainan dungeon crawler yang memfokuskan pertempuran menggunakan magic. Dibangunkan oleh Contingent99, permainan ini seperti kebanyakan permainan sekarang bermula sebagai satu projek biayasama di Kickstarter.

Projek tersebut dilancarkan pada 22 Jun 2016 dan berjaya mengutip $72 ribu sebulan kemudian berbanding sasaran asal mereka iaitu $50 ribu. Setelah beberapa kali di-tundakan dari sasaran asal mereka awal tahun 2017, akhirnya permainan ini dikeluarkan pada 15 Mei 2018 untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Menurut pembangun permainan ini, selepas seminggu dikeluarkan ia terjual sebanyak 200 ribu unit, akan tetapi tidak dinyatakan pecahan mengikut platform. Untuk permainan indie, jumlah tersebut adalah sangat baik. Permainan ini juga menerima pelbagai pujian daripada media dan juga pemain.

Mereka menjanjikan pelbagai lagi tambahan kandungan akan diberikan secara percuma. Tahniah kami ucapkan untuk Contingent99 atas kejayaan ini.


TIPS & ULASAN