Perkara yang sering dibanggakan oleh Nintendo adalah permainan mereka seronok dan mesra kepada semua pemain. Mereka tidak sangat mempunyai masalah dengan pemain bermasalah seperti permainan di atas talian yang lain.
Kini setelah Switch berjaya di-godam yang membolehkan pemain untuk mengubah kod di dalam konsol tersebut telah membuka pintu kepada penipuan, dan masalah ini mula meningkat di dalam permainan Splatoon 2 iaitu antara permainan atas talian utama Nintendo.
Ada pelbagai video dan kuciran di muat naik yang memperlihatkan penipuan ini. Antara penipuan yang berlaku adalah menjadikan senjata terlampau kuat yang menjadikan perlawanan tidak seimbang sekaligus merosakkan pengalaman permain.
https://twitter.com/Water_011209/status/1000050314630828033
Pemain-pemain Splatoon 2 yang lain kini aktif melaporkan pemain yang disyaki menipu, tetapi dengan sedikit masalah iaitu Splatoon 2 tidak hadir dengan sistem melapor di dalam permainan sebaliknya pemain perlu menggunakan aplikasi Nintendo Switch Online di peranti mudah alih.
Bukan sahaja tidak boleh melaporkan terus, akan tetapi perlu menggunakan peranti lain. Jika masalah ini berterusan, sekurang-nya Nintendo perlu menyertakan sistem laporan di dalam permainan.