Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite: Battle Pass Untuk Musim Ketiga Terjual 5 Juta Unit Dalam Masa Sehari
PC

Fortnite: Battle Pass Untuk Musim Ketiga Terjual 5 Juta Unit Dalam Masa Sehari

Diterbitkan pada Mei 29, 2018 oleh .

Fortnite merupakan permain percuma untuk dimainkan akan tetapi mereka juga menjual pelbagai barangan kosmetik yang boleh digunakan di dalam permainan.

Seperti kebiasaan setiap musim terbaru, mereka akan mengeluarkan Battle Pass untuk musim tersebut. Melalui Battle Pass, pemain akan memperoleh pelbagai barangan kosmetik dan juga peningkatan XP untuk meningkatkan tahap watak anda.

Menurut Epic Games untuk musim ketiga bermula pada 22 Februari, sebanyak 5 juta unit Battle Pass terjual dalam masa satu hari. Battle Pass boleh dibeli mengunakan mata wang di dalam permainan iaitu V-Bucks iaitu satu Battle Pass berharga 990 V-Bucks. Oleh kerana Epic Games menjual V-Bucks dengan kuantiti yang ditetapkan, pemain perlu membeli 1000 V-Bucks yang berharga $10 untuk mendapatkan Battle Pass.

Jika mengikut kiraan mudah, Epic Games memperolehi $50 juta dalam masa sehari akan tetapi oleh kerana V-Bucks juga dapat diperoleh dan jika bermain dengan kerap anda mungkin mendapat V-Bucks yang cukup tanpa berbelanja.

Musim keempat sudah bermula pada awal bulan ini dan kami menjangkakan penjualan untuk Battle Pass musim ini akan mendapat jumlah yang lebih kurang jika tidak lebih. Adakah anda salah seorang yang membeli Battle Pass?


TIPS & ULASAN