Skip to main content

State of Decay 2 dikeluarkan untuk Xbox One dan PC pada 22 Mei yang lepas, walaupun menerima ulasan yang sederhana nampaknya permainan ini masih mendapat satu kejayaan yang baik apabila permainan ini mempunyai 1 juta pemain selepas 2 hari dikeluarkan.

Walaupun Xbox One mempunyai program Xbox Game Pass yang memberikan permainan ini percuma kepada sesiapa yang melanggan, jumlah yang dicapai masih satu perkara yang membanggakan.

Selain itu Undead Studio dan Microsoft turut berkongsi beberapa maklumat lain seperti setakat ini pemain sudah bermain melebihi 6 juta jam dan telah membunuh lebih 675 juta zombie dan secara purata bertahan hidup selama 3 hari.

Walaupun kami masih tidak mencuba permainan ini tetapi kami ingin mengucapkan tahniah untuk Undead Studio dan Microsoft atas kejayaan ini.

Leave a Reply