Pemain PC sudah semestinya akan mempunyai masalah terlalu banyak permainan yang tertunggak tetapi tidak mempunyai masa ataupun keinginan untuk bermain. Masalah ini terjadi disebabkan oleh jualan-jualan promosi yang sering di adakan dan juga kerana Humble Bundle.
Menyedari masalah itu Steam memperkenalkan acara khas iaitu Spring Cleaning yang akan memberikan anda trofi untuk bermain permainan yang tertunggak. Melalui acara ini Steam memberikan tiga tugasan kepada pemain yang jika diselesaikan dapat menaik taraf trofi anda. Tugasan yang diberikan adalah;
Speed Clean – Beberapa permainan boleh dimainkan secara percuma sepanjang hujung minggu untuk anda mencubanya (walaupun kami tidak pasti jika ini akan membantu untuk mengurangkan tunggakan tetapi kami tidak merungut).
Permainan yang ditawarkan adalah Dead by Daylight, Cities Skyline, Don’t Starve Together, Dirt 4, Left 4 Dead 2, Tyranny, Borderland 2, Shadow of Mordor dan Castle Crashers.
Spin Cycle – Steam akan memilih permainan secara rambang daripada perpustakaan anda untuk anda mencubanya.
Clear the Backlog – Sama seperti Spin Cycle tetapi anda akan memilih sendiri permainan yang anda tidak pernah cuba.
Selain itu turut disertakan adalah projek di mana untuk mendapatkan trofi khas anda perlu bermain permainan yang anda miliki berdasarkan beberapa syarat, terdapat 6 trofi.
Jadi apa lagi jom sama-sama ‘cuci’ permainan-permainan tertunggak yang ada. Acara ini akan berlangsung dari 24 Mei sehingga 28 Mei.