Informasi Permainan Video Terkini
DLC Penambahan Seasons Untuk The Sims 4 Diumumkan – Bakal Tiba Pada 23 Jun 2018
PC

DLC Penambahan Seasons Untuk The Sims 4 Diumumkan – Bakal Tiba Pada 23 Jun 2018

Diterbitkan pada Mei 25, 2018 oleh .

Bukan permainan The Sims 4 jika tidak bercakap mengenai lambakan DLC yang dikeluarkan. Hari ini, mengikut EA mereka mengumumkan DLC terbesar untuk permainan tersebut iaitu Seasons.

DLC ini akan menambah 4 musim ke dalam permainan The Sims 4 iaitu seperti kita sedia maklum – musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Dunia di dalam The Sims 4 akan berubah mengikut musim.

Selain itu setiap musim akan mempunyai aktiviti khas yang tersendiri seperti luncur ais ketika musim sejuk dan bermain hujan semasa musim bunga. Setiap musim juga akan mempunyai perayaan tradisi tersendiri seperti Krismas.

Turut ditambah adalah pekerjaan baru iaitu tukan kebun di mana pemain boleh menjadikan berkebun sebagai karier sama ada menjadi ahli botani ataupun penghias bunga.

Seasons akan dikeluarkan pada 23 Jun 2018 dengan harga S$49.90 (RM 150). Oleh kerana ini adalah DLC, anda memerlukan permainan asas The Sims 4. Anda pemain The Sims 4? Adakah DLC ini berbaloi?

 

 


TIPS & ULASAN