Informasi Permainan Video Terkini
Tencent Membeli Pegangan Majoriti Grinding Gear Games Pembangun Path of Exile

Tencent Membeli Pegangan Majoriti Grinding Gear Games Pembangun Path of Exile

Diterbitkan pada Mei 22, 2018 oleh .

Tencent meneruskan usaha mereka untuk mendominasi pasaran permainan dengan membeli pegangan majoriti Grinding Gear Games iaitu pembangun Path of Exile permainan aski-RPG di atas talian percuma.

Melalui pengumuman di forum permainan Path of Exile, syarikat dari New Zealand ini mengatakan walaupun Tencent kini memiliki studio mereka, operasi akan terus dilakukan secara bebas.

Tambah mereka berdasarkan perbualan dengan studio-studio lain yang berkongsi payung sama, Tencent tidak pernah melibatkan diri di dalam pembangunan permainan sebaliknya sekadar memberi sokongan.

Pengarah pengurusan Chris Wilson mengatakan yang mereka kini bercadang untuk menambah pekerja mereka dari 114 kepada 130 pekerja tetap. Berdasarkan laporan selepas pembelian ini Tencent memiliki 80% pegangan Grinding Gear Games.


TIPS & ULASAN