Pistol mainan keluaran Hasbro iaitu Nerf melalui siri Nerf Rival sering mengeluarkan model pistol mainan mereka berdasarkan jenama lain. Terbaru mereka menghasilkan Nerf Rival berdasarkan Deadpool.
Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi Overwatch, mereka mengacah Nerf Rival berdasarkan Overwatch. Video pendek ini sekadar menunjukkan peluru bebola untuk siri Nerf Rival tersebut akan tetapi tiada maklumat lanjut yang dikongsi kan.
Berdasarkan penulis di kuciran boleh dikatakan akan ada lebih daripada satu rekaan pistol yang berdasarkan Overwatch. Kami sudah semestinya tidak sabar untuk melihat rekaan akhir rekaan ini sebelum pengeluarannya pada tahun 2019.