Treyarch Mengatakan Tiada Call of Duty: Black Ops 4 Untuk Switch

Sudah menjadi kebiasaan apabila satu permainan terbaru dikeluarkan ramai yang meminta untuk turut dikeluarkan di Switch. Semasa Call of Duty: Black Ops 4 diumumkan, ramai yang mengatakan permainan ini turut akan dikeluarkan untuk Switch akan tetapi tidak secara penuh.

Penerbit untuk permainan ini Yale Miller apabila ditanya menidakkan perkara tersebut dengan kata lain buat masa ini tiada sebarang perancangan untuk mengeluarkan permainan tersebut di Switch secara penuh ataupun tidak.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan akan tetapi apabila dilihat pembangun seperti Bethesda yang sering membawa permainan mereka ke Switch termasuk permainan terbaru seperti Wolfenstein II: The New Colossus,ramai yang masih berharap pembangun utama turut mengeluarkan permainan mereka di Switch.

Sohor Kini