Informasi Permainan Video Terkini
Wolfenstein II: The New Colossus Versi Switch Akan Dilancarkan Pada 29 Jun Ini

Wolfenstein II: The New Colossus Versi Switch Akan Dilancarkan Pada 29 Jun Ini

Diterbitkan pada Apr 25, 2018 oleh .

Bethesda Softworks hari ini akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan Wolfenstein II: The New Colossus buat konsol Switch iaitu pada 29 Jun ini.

Sebelum ini, Bethesda Softworks ada berkongsi bahawa permainan tersebut dibangunkan oleh Panic Button, dimana mereka juga bertanggung jawab membawa permainan Doom ke konsol Switch.

Wolfenstein II: The New Colossus merupakan permainan seterusnya buat siri Wolfenstein yang memfokuskan watak William BJ Blazkowicz. Ia sebelum ini dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Kini, setelah hampir setahun, permainan tersebut akhirnya bakal tiba di konsol hibrid Switch. Jika anda ingin membaca ulasan kami untuk permainan ini, anda boleh membacanya di pautan ini.