Informasi Permainan Video Terkini
Pengarah Final Fantasy Tactics Memperlihatkan Gambar Untuk Siri Ke-2 Yang Dibatalkan

Pengarah Final Fantasy Tactics Memperlihatkan Gambar Untuk Siri Ke-2 Yang Dibatalkan

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

Final Fantasy Tactics merupakan permainan strategi yang boleh dikatakan mempengaruhi permainan-permainan strategi sekarang. Walaupun mendapat penerimaan yang baik akan tetapi permainan ini tidak mempunyai sebarang penyambungan.

Menurut beberapa pendapat ini berlaku disebabkan Square Enix menganggap permainan tersebut bukan permainan yang disukai ramai sebaliknya mempunyai pengikut yang lebih fokus.

Mungkin untuk lebih mengguris hati peminat, Nova Crystallis melaporkan semasa strim langsung NicoNico, pengarah Final Fantasy Tactics Yasumi Matsuno memperlihatkan gambar dari pembangunan Final Fantasy Tactics 2 yang dibatalkan.

Anda boleh melihat lebih banyak gambar-gambar Final Fantasy Tactics 2 tetapi kami memberi amaran ia akan membuatkan anda berharap permainan tersebut dikeluarkan. Kenapa Square Enix, kenapa?


TIPS & ULASAN