Informasi Permainan Video Terkini
Pusingan Kelayakkan PES 2018 Untuk Menyertai Sukan Asia 2018 Akan Diadakan Pada 26 Mei Ini

Pusingan Kelayakkan PES 2018 Untuk Menyertai Sukan Asia 2018 Akan Diadakan Pada 26 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

PES 2018 merupakan salah satu permainan e-sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan Asia 2018. Menariknya, Malaysia turut akan bersaing untuk menghantar wakil bagi menyertainya, dan pusingan kelayakkan untuknya bakal diadakan pada minggu ini.

Pusingan kelayakkan ini dilihat menerima sokongan Majlis Sukan Negara dan juga eSports Malaysia. Ia bakal diadakan pada 26 Mei ini di NaGaming eSports Centre.

PES Malaysia

Pusingan kelayakkan ini akan menggunakan format Best of 3, dimana pemain akan perlu memainkan perlawanan secara individu dan juga bersama rakan.

Wakil Malaysia yang lepas, seterusnya akan bersaing untuk dua tempat bagi wakil Asia Tenggara sebelum ke Sukan Asia.

Bagi anda yang berminat, boleh merujuk ke laman PES Malaysia hari ini, dan mendaftar untuk menyertai pusingan kelayakkan ini.

Baca : Pusingan Kelayakkan PES 2018 Malaysia


TIPS & ULASAN