Pada Ogos ini, acara kejohanan Sukan Asia 2018 atau Asian Games 2018 bakal berlangsung di Jakarta dan Palembang, Indonesia yang mana ia akan bertempatkan kejohanan sukan antara atlet-atlet dari Asia.
Seperti kejohanan Olimpik, Sukan Asia juga diadakan empat tahun sekali dimana kali ini, Indonesia akan menjadi tuan rumah. Menariknya, ketika acara kejohanan tersebut, pihak Olympic Council of Asia (OCA), Asian Electronic Sports Federation (AESF) dan Indonesia Asian Games Organizing Committee (INASGOC) telah mengumumkan bahawa mereka akan mempamerkan acara e-sukan ketika kejohanan tersebut. Acara tersebut akan berlangsung secara bersama Sukan Asia dan 5 pusingan kelayakkan bakal diadakan buat rantau Asia Tengah, Asia Tenggara, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Timur pada 10 hingga 20 Jun ini.
Menariknya, terdapat enam permainan e-sukan yang akan dipamerkan yang mana setiap permainan mempunyai ciri permainan tersendiri dan pihak AESF mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori individi dan kategori berpasukan.
Bagi acara kategori individu, tiga permainan yang akan dipamerkan adalah StarCraft II: Legacy of the Void, Hearthstone dan Clash Royale. Manakala bagi acara kategori berpasukan pula adalah League of Legends, Pro Evolution Soccer 2018 dan Arena Of Valor.
Walaupun begitu, acara e-sukan tersebut hanyalah akan dipamerkan dan dipertandingkan sebagai demostrasi sahaja. Ini bermaksud segala kejayaan pasukan mahupun individu di dalam acara e-sukan tidak akan di ambil kira nilai pingat.
Walaupun begitu, ini merupakan satu perkembangan yang menarik buat e-sukan memandangkan ia kini sudah mula dipertandingan di acara sukan-suka besar seperti Sukan Asia.
Sukan Asia 2018 akan berlangsung dari 18 Ogos sehingga 2 September di Jakarta dan Palembang, Indonesia dimana sebanyak 45 negara akan bertempur untuk merebut pingat termasuklah Malaysia.
Bagi anda yang berminat untuk menyertai acara tersebut, anda boleh melayari laman rasmi AESF dibawah untuk mengetahui informasi lebih lanjut dan membuat pendaftaran yang mana ia bakal tamat pada 31 Mei ini.
[info] Laman Rasmi : Asian Electronic Sports Federation [/info]